panas ada, meradang lagi ada

Hi, selamat petang.

Very2 please lah lady ! yg kau awal2 pagi mau "mengarah2" saya apa hal ?! adeii..geramnnya saya..mau saya kasi keluar api dalam mulut eeeeeeeeeeee !!! sudah lah tu, bila saya mention cuti sana lagi mau macam gaya lady bos kau ! - ko jangan cuti hujung bulan oh ! (dalam hati saya sudah teriak...SAYA TAU LAH BAH !!!), tapi, ya..saya ada jawab dia juga (tapi dalam nada perlahan & suara marah) "iya..tauuuuuuuuuu" trus dia diam2.. urgh ! very the....... !
baru ni satu kerani lagi satu macam, i don't know but i feel so stranger with her..dia macam nda suka saja "share" story ka anything with me in the ofis..well, i dont wish too but nda tau kenapa..mcm benci saya gitu..sma yg lain bkn main lagi..but when come to me..trus switch pigi mood lain..eiisk..nda paham betol!
urm btw, next week dorang bertiga teda d opish & mcm tu lady ckp tadi "kau terpaksa jaga ofis oh, sory ah.." pe-lease ! even i have a workshop to attend but kau terpaksa jaga ofis bah LOL

well..well..well...blah la kamo org..i dont care & who even care actually ?
** i dont hate them actually since they are even nice to me..but just i don't like their character in the office, sorry guys !





I Love Daisy

Hi, selamat petang.

Just want to tell the world that how much i love daisy..but sadly, my daisy never once menjadi :(

Resepi Peria Goreng Pedas

Bahan-bahan :

1 biji peria di buang biji dan di hiris2
2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 ekor udang sederhana ( saya potong2 )
2 biji telur
sedikit sos tiram
sedikit garam
sedikit kicap manis


Cara penyediaan :


1. Perap peria dengan garam hingga keluar airnya. Cuci bersih2 peria tadi hingga hilang masinnya.
2. Tumis bawang, bawang putih, dan cili kisar. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Masukkan peria tadi bersama sos tiram dan kicap manis.
4. Tolak ketepi peria tadi pecahkan telur dan kacau2kan hingga rata.
5. Bila peria layu sesuaikan rasanya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ayam Goreng Rangup Ala KFC

Bahan-bahannya
1 kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya

1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit.
2. Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas
tips utk menjadi ayam goreng lebih rangup, lepas perap ayam tu golekkan ngan tepung beras dan kemudian celup dlm telur yg telah dipukul dan golekkan lagi sekali atas tepung beras tu utk menjadikan coating pada ayam lebih tebal. hasilnya nya ayam akan lebih sedap dan  rangup wlupun telah sejuk : )

Nasi Goreng Cina Kampung

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • Bahan A
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 genggam ikan bilis kecil(size S)
  • Bahan B
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
  • 2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu mentega
  • Garam
  • Sayur campur (ikut suka)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • 3 cawan nasi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
  2. Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga naik bau dan masak.
  4. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur campur dan kacau.
  6. Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.
     

PERIA GORENG RANGUP

BAHAN -  BAHAN :
2 biji peria
1 cawan tepung beras
2 sudu besar kanji
2 sudu besar kacang kuda
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan tepung kanji ,tepung beras,kacang kuda ,serbuk cili, dan rempah kari kedalam bekas berasma sedikit air dan gaulkan
2. Kemudian masukkan telur dan gaul hingga sebati
3. Masukkan buah peria dan gaul rata- rata .
4. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng buah peria hingga garing

Konsert Tirai AF 9 - Nera